the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar, Wan Azizah tunai umrah, titip doa kesejahteraan bumi palestin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah hari ini, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Menerusi hantaran di akaun Facebook beliau, Anwar memaklumkan beliau turut menitipkan doa memohon Allah SWT mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.

“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman,” menurut hantaran itu.

Anwar memaklumkan ibadah itu turut dilaksanakan bersama delegasi Malaysia sebelum berangkat ke Amerika Syarikat, bagi menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Perdana Menteri tiba di Riyadh tengah hari semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings