the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) masih belum memutuskan mengenai bilangan kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN dan Bersatu akan menyertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi pada pilihan raya itu belum lagi dibuat masa ini kerana masih terlalu awal.

“Apa yang pasti bila PRN Sabah tiba, Bersatu dan PN akan menyertainya. Di mana dan berapa (jumlah kerusi) keputusan akan dibuat nanti. Saya tidak akan beritahu sekarang sampai peringkat waktu paling sesuai,“ katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Bersatu Sabah di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata parti itu kini memberi fokus untuk membina semula kekuatannya di Sabah, antara lain dengan menambah keahlian dan membuka lebih banyak cawangan sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings