Friday, November 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Institusi fatwa perlu bertindak kolektif berdasarkan analisis pakar – PM Anwar

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dan memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah hasil daripada analisis mendalam serta pandangan pakar yang berkelayakan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu semasa pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang hari ini.

“Tanggungjawab mengeluarkan fatwa adalah tugas yang luhur dan penting dalam menjawab serta menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat,“ kata Anwar menerusi hantaran di Facebook. Beliau menekankan bahawa fatwa perlu selari dengan realiti semasa dan menyelesaikan isu-isu terkini bagi manfaat masyarakat.

Pertemuan itu turut membincangkan perkembangan ilmu dalam bidang fiqh, maqasid syariah, serta usaha memperkukuhkan penyelidikan berkaitan fatwa. Anwar berkata, “Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baharu untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa.” – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Adidas reveals largest ever collection ahead of WC 2026

adidas has unveiled the official 2026 FIFA World Cup™ home kits for 22 partner federations, including Argentina, Germany, Italy, Japan, Spain, and more. Each design blends national heritage with modern aesthetics, featuring colours and patterns inspired by iconic kits, architecture, and landscapes. According to adidas, the collection “aims to bridge the gap between every generation of fan,” celebrating a liberated style of play and national pride.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img