the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MotoGP: Marques atasi Martin untuk kedudukan teratas

SEPANG: Selepas muncul tempat kedua terbaik dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1) , pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez memperbaiki catatan masanya dengan merekodkan masa terpantas dalam sesi latihan petang di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Marquez mencatat masa satu minit 57.823 saat (s) untuk merampas tempat teratas daripada pelumba terpantas dalam FP1, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing yang merekodkan 1:57.997s.

Walaupun tidak dapat mempertahankan kedudukan teratas, Martin yang sebelum ini mendahului dengan catatan 1:59.513s dalam FP1 awal hari ini tetap gembira kerana dapat memperbaiki catatan masanya pada sesi petang.

“Ia satu sesi yang kompetitif dan saya gembira untuk merekodkan catatan masa yang baik dalam latihan sesi petang,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas selesai sesi latihan petang.

Pada masa sama, Jack Miller daripada Red Bull KTM Factory Racing merekodkan masa 1:58.232s untuk tempat pelumba ketiga terpantas dalam sesi latihan petang.

Dalam aksi Moto2, pelumba Jepun Ai Ogura daripada IDEMITSU Honda Team Asia mempamerkan prestasi yang membanggakan dalam latihan kedua dengan mendahului pelumba-pelumba lain dengan catatan masa 2:06.093s.

Pelumba Sepanyol Aron Canet daripada Pons Wegow Los40 di tempat kedua dengan masa 2:06.193s sementara Jake Dixon daripada GASGAS Aspar Team di tempat ketiga dengan masa 2:06.246s.

Dua pelumba peluang khas tempatan mewakili Petronas MIE Racing RW Azroy Anuar dan Helmi Azman gagal memperbaiki kedudukan masing-masing dan kedua-duanya kekal di kedudukan dua terakhir.

Azroy mengakhiri sesi itu dengan masa 2:10.084s sementara Helmi kekal di kedudukan terbawah dengan 2:10.807s.

Sementara itu, pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato menguasai sesi latihan kedua Moto3 dengan catatan masa 2:12.518s mendahului David Alonso daripada GASGAS Aspar Team (2:12.555s) dan Matteo Bertelle daripada Rivacold Snipers Team di tempat ketiga dengan masa 2:12.570s.

Sesi ini juga menyaksikan tunggangan mengecewakan daripada seorang lagi pelumba tempatan, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok daripada MT Helmets – MSI yang turun ke tangga 26 dengan masa 2:14.598s daripada kedudukan ke-23 dengan masa 2:14.258s. dalam sesi sebelum ini.

MotoGP Malaysia akan bersambung esok dengan sesi kelayakan dan hari perlumbaan pada Ahad. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings