the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama – Lim

GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

“… ia dalam radar kita, kami telah arahkan sekolah buat laporan lengkap untuk diserahkan kepada kepada KPM, kami akan tunggu laporan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya,“ katanya.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan pihak kementerian sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara tersebut diselesaikan segera.

Terdahulu, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata sebanyak RM400,000 diperuntuk bagi menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim di sini bagi memastikan ia dalam keadaan selamat serta selesa kepada pengunjung.

Beliau berkata kedua-dua jeti merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Saya berpuas hati dengan kerja-kerja naik taraf papan di jeti terbabit kerana kawasan tersebut memang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong asing, jadi kami mahu memastikan papan jeti dalam keadaan selamat dan selesa kepada pengunjung.

“Sekarang hanya tinggal kerja-kerja memasang lampu di Jeti Chew dan ia tidak dapat disiapkan kerana paras air menyebabkan kerja-kerja ini terpaksa ditunda,“ katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua jeti hari ini.

Terdapat empat lagi jeti membabitkan perkampungan terapung terdiri daripada keluarga berketurunan Tan, Lee, Yeoh serta satu berketurunan campuran dipanggil ‘Mixed Clan Jetty’ dan kini kesemuanya menjadi lokasi pelancongan di Pulau Pinang.

Kawasan perkampungan nelayan atas laut itu sering menjadi tumpuan pengunjung termasuk dari luar negara terutama China dan Singapura. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings