the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis serbu tiga pusat hiburan tawar khidmat GRO, tahan 129 individu

JOHOR BAHRU: Polis menahan 129 individu dalam serbuan di tiga pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) di daerah Muar dan Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri di sini hari ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata mereka terdiri daripada 111 wanita dan 15 lelaki warga asing serta dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 47 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan yang bermula pada 12.15 tengah malam hingga 1.30 pagi itu, pihaknya turut merampas antaranya pelbagai peralatan muzik dan wang tunai berjumlah RM4,210.

Menurutnya dua pusat hiburan terbabit tidak mempunyai lesen sah manakala sebuah lagi beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

Kumar berkata ujian awal saringan air kencing mendapati tiga pengunjung lelaki tempatan dan tujuh wanita warga asing positif dadah jenis ketamin, methamphetamine dan benzo.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98, Seksyen 55B dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings