the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi kekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Mei 2023.

“Mahkamah mendapati tiada sebab untuk mahkamah ini mengusik dapatan Hakim Mahkamah Sesyen. Oeh itu, sabitan dan hukuman perayu (Siti Bainun) adalah selamat dan dikekalkan. Rayuan perayu ditolak,” kata hakim itu.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara.

Hakim Noorin turut menolak permohonan peguam Haijan Omar yang mewakili Siti Bainun untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini difailkan di Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya beliau berkata terdapat 18 kecederaan dan parut-parut pada badan mangsa telah dibuktikan oleh kesemua saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan itu adalah bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri (Bella).

“Mahkamah berpuas hati penilaian secara maksimum telah dilakukan oleh hakim Mahkamah Sesyen terhadap saksi-saksi pendakwaan iaitu saksi mata, Yasmin Nahar Mahmood (bekas penghuni Rumah Bonda) iaitu saksi pendakwaan kelima (SP5), keterangannya telah disokong oleh saksi-saksi perubatan yang merupakan saksi-saksi pakar yang memeriksa mangsa,” katanya.

Menurut Hakim Noorin selain keterangan daripada SP5, keterangan SP8, Suhana Zam (rakan baik Siti Bainun) turut disokong oleh keterangan perubatan yang secara konsisten mendapati kecederaan dialami mangsa bukan kemalangan.

Oleh itu beliau berkata mahkamah mendapati adalah sukar untuk membuat dapatan bahawa kedua-dua saksi ini mereka-reka cerita terhadap perayu.

Hakim Noorin berkata mangsa adalah kanak-kanak istimewa, dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhannya melengkapkan naratif kes pendakwaan bahawa mangsa telah diabaikan dan dianiaya sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Beliau berkata mahkamah mendapati pembelaan perayu bahawa mangsa hanya mengalami sekali kelecuran sahaja adalah berlawanan dengan naratif dan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Menurut hakim itu saksi-saksi pakar mengatakan bahawa hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan dialami bukan merupakan kecederaan yang terhasil oleh satu insiden sahaja dan berlaku pada masa-masa yang berbeza kerana terdapat kecederaan yang telah sembuh.

Hakim Noorin berkata keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pakar ini adalah konsisten sedangkan keterangan perayu dan saksi perayu mengenai insiden tumpahan air panas yang dikatakan berlaku hanya sekali sahaja ke atas mangsa adalah bercanggah.

“Mahkamah mendapati hampir kesemua alasan-alasan yang diberikan oleh perayu dalam petisyennya merupakan ulangan kepada isu-isu yang ditimbulkan semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Mahkamah mendapati, isu yang ditimbulkan oleh perayu dan pembelaan perayu tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah ke atas intipati pertuduhan dihadapinya,“ kata hakim itu.

– LAGI

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings