the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, October 10, 2026
28.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.

Selaku tuan rumah, Sri Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan deras Kpah Sean Sherman untuk menewaskan penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid.

PDRM kemudian bangkit menyamakan kedudukan 1-1 melalui Bruno Junichi Suzuki yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35.

Penalti diberikan kepada pasukan pelawat ekoran bola terkena tangan pemain Sri Pahang, Kevin Langbehn Ingreso.

Pada minit ke-42, Dzulfahmi Abdul Hadi menghadiahkan gol kedua untuk PDRM menerusi tendangan kencangnya selepas menyambut hantaran Bruno.

Selang empat minit, Bruno meledak gol ketiga PDRM setelah menerima hantaran Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Pada minit ke-67, tonggak pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo mengurangkan defisit gol apabila mencipta jaringan menerusi sepakan penalti selepas Zuhair Mohd Nazri dikasari.

Sri Pahang berusaha menggandakan usaha untuk mencipta jaringan sehingga babak akhir tetapi keputusan 2-3 berpihak kepada PDRM kekal sehingga wisel penamat ditiup. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img