the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konsert Sounds Of Malaysia 2023 melabuhkan tirai di UITM Shah Alam Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds Of Malaysia (SOM) 2023 akan melabuhkan tirai persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 10 Nov ini.

Istana Budaya dalam kenyataan hari ini memaklumkan konsert SOM merupakan gabungan kolaborasi anjuran bersama OTM dan Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam bagi mempergiatkan pendedahan muzik tradisional kepada generasi muda khususnya warga kampus di universiti awam.

Menurutnya persembahan konsert itu akan dibarisi artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haziq Rosebi dan Dhiya Suhaili.

“Warga kampus dan orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi SOM Jumaat ini, bermula pukul 8.45 malam di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM, Shah Alam.

“Tiket persembahan telah mula dijual dengan harga serendah RM55 dan tiket-tiket hanya boleh didapati di portal https://www.excitix.com.my/,” menurut kenyataan itu.

Istana Budaya berkata turut diadakan ialah program mentor-mentee dalam pengisian tiga bengkel iaitu bengkel gamelan, bengkel caklempong pada 9 Nov serta satu sesi masterclass: instrumentasi dan artistik persembahan pada 10 Nov.

Program Jangkauan OTM: SOM adalah antara program anjuran Istana Budaya melalui kempen Gerak yang bertujuan memaparkan keunikan OTM melalui gabungan pelbagai jenis muzik daripada kaum di Malaysia kepada warga kampus terutamanya kepada pelapis pemuzik di universiti awam dan swasta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings