the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tender terbuka perolehan 12 helikopter baharu TUDM bermula awal tahun depan

PETALING JAYA: Perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baharu akan dibuat secara tender terbuka yang dijangka bermula awal tahun depan, kata Panglima TUDM Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan (gambar).

Beliau berkata TUDM ketika ini mempunyai 12 helikopter jenis EC725 AP keluaran Airbus dan bagi pembelian helikopter baharu itu, pihaknya akan mempelawa syarikat lain untuk mempamerkan aset yang berkeupayaan melaksanakan tugas mengikut spesifikasi TUDM.

“Saya berhasrat untuk memuktamadkan pembelian helikopter baharu ini sebelum hujung 2024,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Mohd Asghar Khan berkata antara kriteria utama dalam pemilihan helikopter baharu itu adalah ia perlu dilengkapkan dengan senjata ringan bagi melaksanakan tugas Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR) selain keupayaan utiliti bagi memenuhi keperluan Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW) serta Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR)

Beliau berkata perolehan helikopter itu penting bagi menampung jurang keupayaan helikopter sedia ada.

Mengulas mengenai perkembangan terkini proses penerimaan pesawat tempur ringan FA-50M keluaran Korea Aerospace Industries, katanya berdasarkan garis masa perolehan, pesawat itu dijangka diterima secara berperingkat bermula Oktober 2026 hingga Ogos 2027.

“Empat pesawat pertama FA-50M dijadual diterima pada Oktober 2026, manakala selebihnya pada 2027,” katanya.

Beliau berkata perolehan pesawat FA-50M akan dilengkapi dengan persenjataan mengikut keperluan dan peranan sebagai pesawat Jurulatih Utama Pejuang/Pesawat Tempur Ringan yang telah dimuktamadkan dalam kontrak.

Berhubung perolehan Pesawat Peronda Maritim (MPA), Mohd Asghar Khan berkata ia kini dalam fasa pembinaan di Leonardo Aircraft Division Plant, di Naples, Itali dan penerimaan dua pesawat pertama dijangka pada Jun 2026.

“Enam pegawai Pasukan Projek Luar Negara Pesawat MPA telah ditempatkan di Turin, Itali sejak Ogos lepas sebagai wakil bermandat bagi pihak kerajaan Malaysia dalam memastikan keseluruhan aspek projek perolehan MPA dilaksanakan mengikut spesifikasi, tatacara, jangka masa dan peruntukan yang telah ditetapkan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings