the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tidak kompromi sebarang perbuatan termasuk miliki senjata angin, tiruan

SHAH ALAM: Polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedarkan senjata angin dan tiruan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (gambar) berkata berikutan pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai yang gusar tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran secara dalam talian apa sahaja senjata termasuk senjata angin atau tiruan yang mudah diperoleh.

Susulan itu, Hussein menasihati masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti itu atau berdepan tindakan undang-undang.

“Pada tahun lalu, tindakan undang-undang telah diambil berhubung satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam dengan suspek kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan dihukum denda RM1,000,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata penggunaan senjata tiruan juga boleh mendatangkan kecederaan sehingga parah dan menyebabkan kematian.

“Bagi kesalahan mengakibatkan kecederaan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

Bagi kesalahan mencederakan orang yang menyebabkan kematian, ia boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Selain itu, Hussein berkata bagi kegiatan membeli, menjual, memiliki dan mengedarkan apa-apa senjata berbahaya selain senjata api, ia merupakan kesalahan bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Sabit kesalahan boleh dipenjara satu tempoh tidak melebihi dua tahun dan disebat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings