the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah: Malaysia rancang kerjasama pakar luar negara tingkatkan imej minyak sawit negara

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang dalam perancangan untuk bekerjasama dengan saintis dan pakar dari luar negara untuk membantu meningkatkan imej minyak sawit negara dan kebaikannya di peringkat antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata langkah berkenaan dijangka turut dapat memberi keseimbangan secara semula jadi kepada persepsi negatif yang dikaitkan dengan minyak sawit, sekali gus membantu memberi pandangan yang tidak bersifat berat sebelah.

“Memang benar kandungan vitamin E dan antioksidan dalam minyak sawit adalah satu perkara yang kita patut sebar luaskan. Sebab itu saya katakan tadi salah satunya kita perlu bekerjasama dengan pihak saintis dari luar negara untuk mengesahkan dan membantu kita dalam pemasaran ini.

“Kalau kita bergantung dalam negara sahaja, mungkin persepsi yang negatif itu perlu kita imbangi. Sebab itu kita perlu cari orang yang neutral untuk mengesahkan dan memasarkan produk kita ini,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata hakikatnya program pemasaran berhubung kelebihan sawit Malaysia diperluaskan kepada negara-negara baharu yang belum pernah diteroka.

“Sebab itu misalnya kita lihat pasaran baharu seperti Arab Saudi adalah satu pasaran baharu yang telah kita lihat peningkatan dari segi eksport minyak sawit kita ke sana. Banyak juga (negara-negara) dari benua Afrika di samping Mesir dan Turkiye yang kita lihat pasarannya meningkat,” katanya.

Fadillah berkata KPK juga akan melipatgandakan usaha mempromosi kempen minyak sawit dalam pelbagai bahasa di media sosial.

“Mungkin kita boleh tambah apa yang kita sedang usahakan adalah mencari saintis dan pakar dari luar negara untuk berbicara supaya perbicaraan dan tulisan mereka dan apa sahaja yang mereka ulas boleh dirakam dan disebarkan sama ada secara terbitan elektronik atau media sosial,” katanya.

Menurutnya Malaysia turut berurusan dengan pelobi dan konsultan di luar negara seperti Eropah dan Amerika Syarikat secara berterusan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings