the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun

PUTRAJAYA: Seorang bekas pemandu lori yang membunuh bapanya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati dengan penjara 35 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Nazri Abdullah, 51, terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.

Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuannya berhubung sabitan bagi kesalahan membunuh.

“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan penjara 35 tahun bermula dari tarikh perayu ditangkap pada 4 Julai 2017,“ kata Vazeer Alam yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy.

Beliau berkata hukuman sebatan terhadap Mohamad Nazri dikecualikan kerana umur perayu melebihi 50 tahun.

Pada 15 Dis 2021, Mohamad Nazri dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh S. Valaytham, 76, di sebuah rumah di Felda Lui Timur, Bahau, Negeri Sembilan di antara 10.30 malam hingga 11.20 malam pada 2 Julai 2017.

Terdahulu, peguam Ahmad Ishrakh Saad berhujah ketika kejadian, perayu mabuk dan fakta ini disokong oleh keterangan saksi pendakwaan.

“Dalam kes ini, hakim bicara telah menerima fakta bahawa perayu berada dalam keadaan mabuk tetapi tidak boleh menentukan tahap kemabukan perayu,“ katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz pula berkata terdapat keterangan saksi bahawa perayu telah memandu keretanya selama dua jam dari rumah mangsa ke rumah kawannya di Sungai Pelek, Sepang.

“Jika perayu berada dalam keadaan mabuk, bagaimana dia boleh memandu kereta selama dua jam,“ katanya yang memohon agar hukuman mati terhadap perayu dikekalkan.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Valaytham, yang juga peneroka tanah rancangan, ditemukan mati oleh anggota polis peronda yang ke rumah mangsa selepas menerima maklumat jiran mengenai insiden pergaduhan di lokasi tersebut.

Insiden itu berlaku selepas Mohamad Nazri, anak ketiga daripada enam beradik, meminta wang daripada Valaytham namun tidak diendahkan oleh mangsa. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings