the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peminat La Liga dijemput tonton ''El Clasico' di SP Sports Park esok

KUALA LUMPUR: Sempena pertembungan ‘El Clasico’ antara Real Madrid dan Barcelona esok, peminat tempatan kedua-dua kelab bola sepak gergasi Sepanyol itu dijemput untuk datang beramai-ramai menonton aksi dua musuh tradisi tersebut di SP Sports Park di sini, bermula 9 malam.

“El Clasico sememangnya terkenal dengan semangat persaingannya dan parti tontonan secara langsung ini bertujuan mewujudkan suasana seperti di stadium, menyatukan peminat sambil meraikan perlawanan yang hebat itu,“ menurut LaLiga dalam kenyataan.

Menurut LaLiga yang merupakan penganjur acara itu, pihaknya turut menyediakan makanan dan minuman serta pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk pemberian jersi.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar slot mereka menerusi www.sambill-park.com/laliga untuk tempat duduk,“ menurut kenyataan itu.

LaLiga memaklumkan sebanyak 30 negara temasuk Malaysia menganjurkan acara istimewa sempena perlawanan liga bola sepak Sepanyol atau La Liga itu yang akan berlangsung di Stadium Lluís Companys Oliympic di Barcelona. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings