the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya, di sini hari ini disifatkan sebagai berjaya dan luar biasa, memperlihatkan perpaduan kaum di negara ini.

Bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan yang bermula secara rasmi pukul 8 pagi itu dihadiri lautan manusia, dengan lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur yang mula berkumpul seawal 1 pagi lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika ditemui Bernama berkata sambutan Hari Kebangsaan ke-66 ini hebat dan luar biasa.

“Terbaik, sambutan (Hari Kebangsaan) amat baik dan luar biasa daripada semua pihak,” katanya ringkas.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memuji setiap persembahan dipamerkan pada sambutan tanggal bersejarah, genap 66 tahun negara mencapai kemerdekaan hari ini.

“Alhamdulillah persembahan sambutan ini memang berjaya dan perlihat perpaduan semua,” katanya.

Antara persembahan menarik adalah segmen cabaran dan ketangkasan yang mengetengahkan kemahiran anggota pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter.

Selain itu, sejumlah 50 aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguasai ruang udara Putrajaya pada pertunjukan yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia antaranya pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat pengangkut A400M dan C130 Hercules termasuk helikopter Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings