the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan

SINGAPURA: Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Infocomm Media Development Authority (IMDA) hari ini menerbitkan kertas rundingan bersama yang mencadangkan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) untuk penipuan pancingan data.

SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data dan perlu membayar kepada mangsa penipuan yang terjejas apabila tanggungjawab ini tidak dipenuhi.

“SRF memberikan tanggungjawab bersama dengan menetapkan tindakan anti-penipuan huluan yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Pelanggaran kewajipan akan mengakibatkan pembayaran kepada mangsa penipuan yang terjejas.

“Ini untuk mendorong semua pihak agar sentiasa berwaspada dalam ekosistem bagi menjaga keselamatan dalam e-pembayaran,” kata Timbalan Pengarah Urusan (Penyeliaan Kewangan) MAS, Ho Hern Shin, dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Kesalinghubungan, Pembangunan & Kawal Selia) IMDA, Aileen Chia berkata badan itu bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi untuk melaksanakan pendekatan pelbagai lapisan bagi mengelakkan penipuan dilakukan melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS).

“Langkah-langkah seperti Pendaftaran ID Pengirim SMS mandatori yang diperkenalkan pada Januari 2023 telah mengurangkan dengan ketara bilangan kes penipuan SMS sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan sejak pelancarannya.

“Kemasukan syarikat telekomunikasi dalam SRF sebagai penyedia infrastruktur sokongan berfungsi untuk mengukuhkan ekosistem daripada penipuan,” kata Chia.

MAS dan IMDA mempelawa pihak yang berminat untuk mengemukakan pandangan mereka mengenai cadangan itu pada 20 Dis, 2023. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings