the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan tindakan OKU Muslim untuk OKU dapat kefahaman baik tentang Islam

CYBERJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menggubal Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim dalam usaha memastikan golongan itu mendapat kefahaman dan penghayatan yang baik tentang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (gambar) berkata pelan tersebut dibangunkan bagi mendukung Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan Dasar OKU Negara yang sedia ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata Jakim menjalinkan kerjasama dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri, kementerian dan agensi berkaitan untuk mendapatkan idea serta pandangan supaya pelaksanaan pelan tersebut lebih holistik dan bersepadu.

“Sistem sokongan kepada OKU mesti ditingkatkan dan usaha untuk menjadikan masyarakat lebih cakna kepada golongan itu perlu mendapat sokongan pelbagai pihak khususnya agensi serta institusi Islam,“ katanya dalam ucapan pada Program Penerapan Sejarah 25 Rasul melalui Digital Kreatif di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata pendedahan berkenaan sejarah para rasul dan nabi melalui visualisasi grafik dapat memberikan manfaat pembelajaran kepada kanak-kanak autisme dan bukan autisme.

“Menggunakan pendekatan kreatif khususnya kemahiran digital, kanak-kanak istimewa seperti autisme dapat belajar tentang sejarah Islam. Dalam apa jua keadaan, kita mesti memberikan pendidikan khususnya pendidikan agama kepada anak-anak kita mengikut kadar kemampuan mereka,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings