the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua pembangkang Korea Selatan seru hentikan rancangan pelepasan air Fukushima

SEOUL: Pengerusi Parti Demokrat (DP) iaitu pembangkang utama Korea Selatan Lee Jae-myung telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (gambar) menggesa agar rancangan Tokyo untuk melepaskan air radioaktif daripada loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam laut dihentikan, kata jurucakap parti itu Isnin.

Pengerusi menghantar surat itu melalui Kedutaan Jepun di Seoul pada Jumaat untuk menyuarakan “kebimbangan dan tentangan rakyat” terhadap pembebasan yang dirancang, lapor Yonhap memetik ketua jurucakap DP, Kwon Chil-seung.

Lee juga menggesa agar rancangan itu dipertimbangkan semula secara serius.

Pemimpin DP juga meminta agar Jepun membentuk kumpulan perundingan tetap berhubung pelepasan itu dan mencadangkan untuk menjalankan penilaian terhadap kesan alam sekitar.

Beliau juga menggesa Tokyo untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan menghasilkan alternatif yang lebih selamat, kata Kwon.

Selain itu, Lee berkata beliau akan menunggu keputusan daripada Kishida supaya hubungan dua hala itu boleh berkembang menjadi satu memupuk keamanan di Asia Timur, tambah Kwon. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings