the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mengaku guna dokumen palsu bagi tuntutan kerja luar, jurutera kanan TNB didenda

SHAH ALAM: Seorang jurutera kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didenda RM13,622 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan iaitu menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan kerja luar dalam negara, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Khuzairee Ibrahim (gambar), 41, menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Anita turut menasihati tertuduh supaya mengambil pengajaran daripada kesalahan yang dilakukan.

“Kita anggap keputusan hari ini merupakan jalan (kehidupan) baharu untuk kamu. Harus ingat hanya kamu yang mengawal kehidupan kamu sendiri, bukan orang lain,” kata hakim itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mohammad Khuzairee membayar denda itu.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Mohammad Khuzairee didakwa telah menggunakan beberapa dokumen sebagai tulen di dalam tuntutan kerja luar dalam negara di sebuah pejabat di Petaling Jaya, dekat sini pada 25 Jan dan 15 Mac 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Nurainaa Izzati Mohd Shukor memohon mahkamah agar anak guamnya dikenakan denda yang minimum atas alasan tertuduh adalah penanggung utama keluarga selain telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam mengatasi individu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings