the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, October 10, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ulangan aksi suku akhir 2018: Bunga Raya 7s jumpa Korea Selatan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

HANGZHOU: Skuad ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan suku akhir temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, di sini, hari ini.

Kejayaan menumbangkan Filipina 24-7 dalam aksi sulung Kumpulan A di padang Universiti Hangzhou Normal pada sebelah pagi sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selaku naib juara.

Bagaimanapun, dalam perlawanan kedua yang berlangsung di sebelah petang, Malaysia yang diberi julukan Bunga Raya 7s itu gagal menyaingi kehebatan Hong Kong selepas kecundang 7-40 di venue sama.

Hong Kong kemudian melakar kemenangan kedua selepas mengatasi Filipina 43-5 untuk mara ke suku akhir selaku juara kumpulan.

Menanti Malaysia di pentas suku akhir esok adalah juara Kumpulan B, Korea Selatan yang merupakan pemenang pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Sebelum ini, pada edisi 2018, Korea Selatan menyingkirkan Malaysia di pentas suku akhir dengan keputusan 40-5.

Dalam pada itu, aksi suku akhir berbeza menyaksikan juara bertahan Hong Kong akan bertemu Taiwan, pemenang perak edisi 2018 Jepun bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China akan membuat perhitungan menentang Singapura. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Big Apple Donuts & Coffee Opens Its 100th Store in Malaysia, Celebrates With RM1...

PUCHONG, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 10 October 2026 – Big Apple Donuts & Coffee, the donut and coffee brand born and grown in Malaysia, today opened its 100th store in Malaysia at IOI Mall Puchong, marking a major milestone in its 19-year journey.

OPPO Find X10 Pro Max to Debut Globally with MediaTek’s 2nm Flagship Dimensity 9600...

SHENZHEN, CHINA – Media OutReach Newswire – 9 October 2026 – OPPO, a leading global smart device brand, today announced that the upcoming Find X10 Pro Max will be among the first smartphones to feature the flagship MediaTek Dimensity 9600 Pro and launch in international markets.

Most Viewed

spot_img