the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM Fadillah: Peruntukan bina infrastruktur projek padi Sarawak akan dibincang

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan berbincang mengenai peruntukan untuk membina infrastruktur projek penanaman padi di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar).

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata infrastruktur itu merangkumi pembinaan sistem pengairan dan saliran yang baik.

“Saya akan bincang perkara ini dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi dan bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dianggarkan peruntukan untuk kawasan Sri Aman sahaja bernilai kira-kira RM1 bilion dan terdapat banyak tempat lain juga yang berpotensi untuk dibangunkan. Kita akan tentukan butiranya dan berapa jumlah yang boleh diberi setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sarawak Agrofest 2023, di sini, yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada 17 Sept lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.

Ahmad Zahid berkata perkara itu juga telah dipersetujui secara prinsip oleh Abang Johari, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings