the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, 12 Ogos lepas.

Hakim Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan dua responden iaitu Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri Suka Menanti dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap petisyen itu sekali gus mengekalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Dzowahir Ab Ghani di kerusi tersebut pada PRN.

Peguam Dr Mohamed Sofee Razak yang mewakili Zamri ketika dihubungi berkata mahkamah yang membuat keputusan itu secara dalam talian mengarahkan Zamri, yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Suka Menanti membayar kos RM15,000 kepada responden.

Responden diwakili antaranya Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, Sallehuddin Ali dan Nur Idayu Amir.

Pada PRN lepas, Dzowahir mewakili PN menang dengan majoriti 8,245 undi selepas mendapat 18,396 undi manakala Zamri yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 10,151 undi dalam pertembungan satu lawan satu di kerusi DUN Suka Menanti.

Petisyen pilihan raya itu difailkan pada 18 Sept lepas atas dakwaan terdapat keraguan, kesilapan dan kecatatan jumlah undi dalam 18 keping Borang 14 yang memberi kesan besar kepada keputusan PRN. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings