the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syria: Puak bersenjata berundur dari suwayda selaras perjanjian gencatan senjata

SUWAYDA: Wakil puak di wilayah selatan Syria, Suwayda pada Sabtu mengumumkan bahawa mereka telah mengundurkan elemen bersenjata dari bandar itu selaras dengan perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Menerusi perbincangan bersama semua anggota suku dan puak di Suwayda, kami memutuskan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata, mengutamakan pertimbangan rasional dan kawalan diri, serta memberi ruang kepada institusi sah negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan.

“Sehubungan itu, kami mengisytiharkan bahawa semua pejuang kami telah diundurkan dari bandar Suwayda,” menurut kenyataan bersama mereka.

Wakil puak itu turut mengeluarkan amaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata:

“Sekiranya mana-mana kumpulan haram melanggar perjanjian ini, suku dan puak Syria akan bertindak tegas,” tambah kenyataan itu – BERNAMA-ANADOLU

Related

spot_img

Latest

70mai launches 4K dash cam series: True 4K provides evidence-level clarity

70mai, a global leader in dash cam innovation, introduces the 4K Dash Cam Series in Malaysia. The series offers true 4K ultra-high-definition video that provides evidence-level clarity in every driving condition, marking a significant step forward in vehicle safety.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories