the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
27.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Saksi gagal selamatkan mangsa kebakaran maut di Butterworth

Dua maut dalam kebakaran di Taman Rathna, saksi dengar jeritan minta tolong tetapi gagal selamatkan mangsa kerana api terlalu marak.

BUTTERWORTH: Seorang saksi kejadian kebakaran maut di Taman Rathna, Telok Air Tawar di sini, menyatakan rasa terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa walaupun telah berusaha.

S. Suppamal, 52, berkata dia berada di sebuah kuil berhampiran kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum dikejutkan dengan berita sebuah rumah sedang terbakar.

Beliau kemudian berlari ke rumah terbabit dan melompat dari tembok rumah jiran kerana pintu pagar utama rumah mangsa berkunci.

“Dalam keadaan kelam-kabut dengan kepulan asap tebal dan api yang marak, saya berjaya memecahkan pintu kaca hadapan menggunakan payung, tetapi tidak dapat membuka pintu jeriji kerana berkunci,” katanya.

Suppamal berkata dia terdengar suara seorang wanita meminta tolong sekali sebelum suara itu hilang.

Beliau cuba masuk melalui bahagian belakang rumah tetapi gagal kerana api terlalu marak dan telah memusnahkan sebahagian besar struktur rumah.

“Saya sedaya upaya cuba menyelamatkan mangsa, tetapi gagal kerana api sudah terlalu marak,” katanya.

Suppamal yang juga anggota RELA berkata dia dapat melihat seorang lelaki muda sedang menggoncang pintu jeriji tetapi tidak dapat membukanya.

Beliau terkilan kerana kemahiran asas menyelamat yang dipelajari tidak dapat digunakan dalam situasi yang sangat bahaya itu.

Dalam kejadian itu, Hayani Yaakob, 50-an, dan anak angkat perempuannya yang dikenali sebagai Andra, 5, rentung akibat terperangkap di dalam rumah.

Anak lelaki Hayani, Daniel Quyum Kamarozlan, 20-an, cedera dihempap struktur bumbung yang runtuh.

Bekas suami Hayani, Kamarozlan Muhammad, 57, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anak sulungnya kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Tetapi apabila sampai di sini, rupa-rupanya bekas isteri terkorban bersama dengan anak angkatnya,” katanya.

Kamarozlan berkata bekas isterinya menyewa rumah itu sejak lebih lima tahun lalu dan tinggal bersama anak bongsunya serta anak angkat.

Beliau berkata hubungan baik masih dikekalkan walaupun mereka telah berpisah lebih 10 tahun lalu.

“Arwah juga akan menghubunginya sekiranya mempunyai masalah atau memerlukan bantuan termasuk dari segi kewangan,” katanya.

Hayani pernah menyatakan hasrat untuk berpindah ke Johor untuk tinggal bersama Daniel Quyum selepas keadaan kewangan anaknya stabil.

Menurut Pengarah JBPM Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah, bomba menerima panggilan pada pukul 9.41 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa dijumpai di ruang tamu berhampiran pintu utama manakala Daniel Quyum ditemui di kawasan pintu dapur.

Mangsa yang cedera itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Government to review creative industry policy for fairer funding

Communications Minister Fahmi Fadzil announces a review of the National Creative Industry Policy to ensure fairer fund distribution and highlights the sector's 6.8% GDP contribution.

Most Viewed

Penghantar barang didenda RM2,000 kerana cederakan wartawan sukan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
spot_img

Popular Categories