the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat rugi hampir RM350,000 akibat skim pelaburan tidak wujud

IPOH: Seorang pengarah syarikat kerugian RM348,673 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menggunakan aplikasi ‘OSL’ yang ditawarkan kenalan laman media sosialnya.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis sebaik menyedari wang dilaburkan tidak mendapat pulangan.

Beliau berkata pengadu berkenalan dengan seorang wanita secara maya menerusi Facebook pada 27 Julai lepas yang telah memperdayakannya untuk membuat pelaburan menerusi satu aplikasi dikenali sebagai OSL.

“Bagi tempoh 12 Ogos hingga 26 Ogos 2023, pengadu telah memasukkan dana sebanyak lapan kali ke dalam tujuh akaun bank yang berlainan berjumlah RM348,673.

“Setelah beberapa hari, pengadu mendapati akaun pelaburan OSL pengadu telah memperolehi keuntungan sebanyak RM1.06 juta (RM1,060,085.41),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, apabila pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan tersebut, suspek telah meminta bayaran 30 peratus daripada jumlah keuntungan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, Mohd Yusri mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Dalam perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika anda merupakan mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dan anda baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai,“ katanya.

Selain itu, katanya, sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan boleh disalurkan kepada CCID Infoline menerusi aplikasi WhatsApp di talian 013-2111222 (waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam) selain melayari laman sosial pihak polis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings