the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah Salahuddin Ayub tiba di Senai, dibawa pulang ke Tanjung Piai

KULAI: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dekat sini pada kira-kira 2.30 pagi.

Jenazah beliau diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat antara individu yang dilihat menyambut ketibaan jenazah Allahyarham.

Van membawa jenazah Salahuddin kemudian diiringi oleh beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk ke kediaman ibunya Aminah Abdullah, 83, di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Pontian.

Selepas itu, Allahyarham yang merupakan anak jati Tanjung Piai, akan dibawa ke kediaman beliau di Jalan Adil sebelum ke Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat.

Suasana hiba dapat dirasai dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di rumah ibu Allahyarham sejak 12 tengah malam tadi.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings