the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tangki pam tandas Hospital Tawau

TAWAU: Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata mayat bayi berkenaan dijumpai oleh pekerja pembersihan yang ketika itu membuat kerja-kerja pembersihan di dalam tandas awam wanita di wad kecemasan hospital itu pada 7.10 pagi.

“Saya mengesahkan pihak polis menerima satu laporan pada 8.09 pagi hari yang sama berhubung penemuan bayi lelaki meninggal dunia di dalam pam tandas hospital berkenaan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jasmin berkata pihak polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kes ini,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings