the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Suzuki Motor Corp mahu tambah pelaburan, tingkat kerjasama dengan syarikat tempatan

KUALA LUMPUR: Suzuki Motor Corp melahirkan hasrat untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia selain mengeratkan kerjasama dengan rakan teknikal tempatannya, KMSB Motors Sdn Bhd, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, penambahan pelaburan dan peningkatan kerjasama itu dimaklumkan sendiri Presiden Suzuki Motor Corp Toshihiro Suzuki kepada beliau dalam satu kunjungan hormat yang berlangsung petang tadi.

“Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal,“ katanya menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau, usai menerima kunjungan rombongan berkenaan.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Arham Abdul Rahman, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn Bhd Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.

“Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

“Dengan kerjasama ini, saya berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur dari negara Jepun,“ kata Anwar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings