the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Kerajaan pastikan visi Sarawak tubuhkan syarikat penerbangan sendiri direalisasi segera

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses pengambilalihan MASWings berjalan lancar agar visi Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri dapat direalisasikan segera, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata perbincangan antara kerajaan negeri Sarawak dengan Khazanah Nasional Bhd berhubung pengambilalihan itu turut berlangsung dengan baik.

“Dengan adanya syarikat penerbangan itu nanti (di bawah kerajaan Sarawak), ia bukan sahaja akan tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar, tetapi syarikat itu boleh dikembangkan sebagai syarikat penerbangan serantau.

“Saya yakin syarikat penerbangan ini mampu berkembang maju kerana Sarawak mempunyai kewangan yang kukuh. Syarikat penerbangan memerlukan sumber kewangan untuk beroperasi dan Sarawak mempunyai modal yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memeterai memorandum persefahaman pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.

RAS adalah perkhidmatan udara tidak ekonomik bagi memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kerajaan Persekutuan kepada penduduk luar bandar di kedua-dua negeri.

Kos penyediaan perkhidmatan RAS oleh syarikat operasi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk subsidi dan bayaran sewa pajakan pesawat.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Loke berkata RAS masih diuruskan oleh MASWings dan kementerian itu komited untuk meneruskan subsidi walaupun selepas Sarawak mengambil alih syarikat penerbangan itu.

“Subsidi yang diberikan kepada MASWings akan diteruskan. Subsidi itu berjumlah kira-kira RM210 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak, dan akan diteruskan.

“Kami akan memeterai perjanjian baharu sebaik sahaja Sarawak mengambil alih MASWings. Perjanjian baharu akan dirundingkan dan kami akan meneruskan dengan perjanjian baharu untuk 2025 dan selanjutnya berikutan perjanjian semasa adalah sehingga akhir 2024,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings