the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juruukur bahan universiti di Terengganu ditahan terima rasuah motosikal, wang tunai

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang juruukur bahan di sebuah universiti awam di Terengganu kerana disyaki menerima sebuah motosikal dan wang suapan, dianggarkan bernilai keseluruhan RM30,000 daripada wakil sebuah syarikat.

Menurut sumber lelaki berusia 50-an itu ditangkap di pejabat SPRM Terengganu 1 tengah hari tadi sewaktu dia hadir memberi keterangan dan motosikal terbabit telah disita.

Sumber memaklumkan motosikal jenis Yamaha Y15Z dan wang suapan tersebut adalah sebagai balasan mengesyorkan kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM3 juta dan bagi mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan kerja syarikat terbabit.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings