the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jangan bangkit isu meruntuhkan perpaduan – Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Semua pihak terutama ahli politik diminta agar tidak membangkitkan sebarang isu yang boleh meruntuhkan perpaduan di negara ini.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1445H/2023M Datuk Dr Abdul Monir Yaacob (gambar) berkata isu perkauman contohnya harus dielak daripada dijadikan bahan politik kerana perkara kepentingan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi saya… jangan jadikan apa-apa isu yang boleh meruntuhkan perpaduan. Semua orang inginkan perpaduan, baik ahli politik mahupun masyarakat pelbagai kaum,” kata bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Abdul Monir berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Oleh itu, beliau berkata ahli politik perlu memainkan peranan penting dalam memastikan isu perpaduan antara rakyat di negara ini tidak diremehkan.

Semasa ditanya mengenai perasaan beliau setelah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah, Abdul Monir, 77, menzahirkan rasa syukur kerana usahanya selama ini dihargai.

“Dan saya juga menerima beberapa ucapan selepas mendapat penganugerahan ini daripada orang ramai yang mengatakan ‘selayaknya lah saya memperolehnya’,” kata beliau.

Menurutnya lagi, fasa beliau membangunkan ummah telah berlalu apabila sebelum ini beliau sering dijemput untuk memberi pandangan kepada orang ramai dalam topik undang-undang dan syariah Islam serta hak asasi manusia di dalam dan luar negara.

Meskipun perjuangannya telah berlalu, namun beliau masih bergiat aktif dalam menyatukan ummah melalui penulisannya.

“Saya sudah menerbitkan 11 buah buku … dan pernah mendapat anugerah. Ada dua buku yang saya belum terbitkan kerana saya sekarang sedang menulis tesis untuk pengajian Doktor Falsafah (PhD),” katanya.

Terdahulu, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1445H/ 2023M oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023.

Turut berangkat pada majlis itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings