the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Rapid KL On-Demand Diperluas ke 12 Zon Shah Alam, Klang

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Rapid KL On-Demand diperluas ke fasa baharu melibatkan 12 zon tambahan di kawasan Shah Alam dan Klang, Selangor bermula esok.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan van itu meliputi kawasan Persiaran Dato Menteri – KTM Shah Alam; KTM Padang Jawa – Terminal 17; KTM Padang Jawa – Seksyen 7; U12 Cahaya Alam; Bandar Baru Klang dan KTM Klang – Batu Belah.

Menurut anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu, perkhidmatan sama turut diperluas ke kawasan Taman Summit; KTM Klang – Teluk Gadong; Sri Andalas; Klang Jaya; Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Puteri.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen Prasarana untuk memperkukuh jaringan mobiliti bandar serta meningkatkan akses kepada pengangkutan awam, khususnya kesalinghubungan batuan pertama dan batuan terakhir,” katanya.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan berkata peluasan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mendekatkan rakyat kepada sistem pengangkutan awam yang diyakini dan inklusif.

“Fasa ini bukan sekadar memperluas liputan perkhidmatan, tetapi membuktikan komitmen kami untuk menyediakan akses yang seimbang kepada pengangkutan awam.

“Kami mahu memastikan setiap warga bandar mendapat penyelesaian mobiliti yang bersesuaian, cekap, dan berpatutan, terutamanya di kawasan yang sebelum ini kurang diliputi oleh rangkaian bas sedia ada,” katanya dalam kenyataan sama.

Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan Rapid KL On-Demand bagi zon Desa Pinggiran Putra – Dataran Gemilang Putrajaya akan digabungkan dengan zon MRT Putrajaya Sentral – PICC dan dinamakan semula sebagai MRT Putrajaya Sentral – PICC dan Desa Pinggiran Putra bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk dan boleh ditempah setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan tambang promosi serendah RM1 setiap perjalanan masih diteruskan sebagai galakan untuk lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan ini.

Tempahan perjalanan boleh dibuat menerusi aplikasi Rapid On-Demand yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

Maklumat lanjut mengenai zon liputan dan panduan penggunaan boleh didapati di laman web rasmi www.myrapid.com.my atau saluran media sosial Rapid KL.- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

From Banks of Yellow River to Dining Tables Worldwide: Lanzhou Beef Noodles Get a Makeover through Cross-industry Fusion

LANZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Once a must-try culinary landmark of the city and now a cultural IP savored across the globe, Lanzhou Beef Noodles is undergoing a remarkable transformation through cross-sector integration.

Dah Sing Bank Reinforces VIP Banking’s Insight-led, Holistic Wealth Management Proposition

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("the Bank") today introduced its new VIP Banking campaign, "Intelligent Wealth Solutions ∙ Unlocking New Opportunities ("智策 新機遇"), which underscores the Bank's commitment to empowering affluent and high net worth customers navigate an increasingly dynamic investment market.
spot_img

Popular Categories