the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AS: Bekas pakar sakit puan USC didakwa aniaya ribuan wanita ditemui maut

LOS ANGELES: Pakar sakit puan kampus USC, Dr George Tyndall (gambar) yang dituduh melakukan salah laku seksual terhadap generasi wanita di universiti AS itu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles pada Rabu ketika berumur 76 tahun.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan kematian Tyndall menghalang perbicaraan jenayah yang ditetapkan pada tahun depan. Sejumlah besar alumni USC dijangka tampil di mahkamah menentangnya dan memberi keterangan mengenai kenyataan menyentuh dan mengganggu yang tidak sesuai semasa pemeriksaan ginekologi di klinik kesihatan kampus.

“Saya tidak gembira beliau meninggal dunia. Saya mahu melihat beliau disabitkan kesalahan atas perbuatannya,” kata bekas pesakit Audry Nafziger yang menuduh Tyndall menyentuhnya secara tidak wajar dan merakam gambar kemaluannya.

Tiada bedah siasat akan dilakukan, kata Kelsie Weber dari pejabat Pemeriksa Perubatan LA County. Weber berkata Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) telah melaporkannya kepada pejabat sebagai kematian semula jadi. “Kami tidak mengambil bidang kuasa kes itu,“ katanya.

Peguam bela Tyndall, Leonard Levine berkata seorang sahabat wanita rapat telah cuba menghubungi anak guamnya semalam tetapi beliau tidak mengangkat telefon. Apabila rakan itu melawat kediaman Tyndall, beliau menemui lelaki itu di atas katil dan tidak bertindak balas.

“Sejak awal lagi, Tyndall dengan tegas menafikan semua pertuduhan terhadapnya. Apa yang beliau mahukan ialah harinya di mahkamah, yang mana beliau yakin akan berakhir dengan pembebasan sepenuhnya,” kata Levine.

“Sekarang, sama ada beliau mahupun pihak yang menuduhnya tidak akan mendapatkannya, dan itu sangat malang bagi semua orang yang terlibat.” –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings