the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukan Asia: Speedy Tigers tamat saingan di tempat keenam

HANGZHOU: Skuad hoki lelaki negara mengakhiri kempen Sukan Asia 2022 Hangzhou di tempat keenam selepas ditundukkan Pakistan 2-5 pada perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Gongshu Canal Sports Park, anak buah Arul Selvaraj menduduki ranking ke-10 dunia, berjaya memperolehi gol pendahuluan menerusi jaringan pemain pertahanan Muhammad Aminuddin Mohd Zain yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit kelima.

Gol pendahuluan tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabila Pakistan bangkit menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian menerusi jaringan pukulan sudut penalti Ahmad Arbaz.

Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, buntu dalam menambah jaringan pada suku kedua perlawanan.

Memasuki suku ketiga perlawanan, Pakistan meningkatkan tempo permainan sekali gus berhasil meletakkan pasukan itu di depan apabila Abdul Rehman meledak jaringan padang pada minit ke-37.

Suku terakhir perlawanan, jaringan padang Abdul Rana pada minit ke-51 disusuli jaringan pukulan sudut penalti Ammad Muhammad pada minit ke-53 ‘menambah garam pada luka’ skuad Speedy Tigers.

Di minit-minit terakhir perlawanan, Malaysia akhirnya berhasil menyumbat satu lagi gol berpunca pukulan sudut penalti yang disudahkan Muhammad Razie Abd Rahim diselangi gol kelima Pakistan menerusi jaringan padang Afraz.

Malaysia akan memburu slot Sukan Olimplik Paris 2024 pada pusingan kelayakan di Muscat, Oman, dari 15 hingga 21 Jan depan.

Sementara itu, Arul berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas prestasi hambar Speedy Tigers pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Beliau mengakui kecewa dengan prestasi serta keputusan yang ditonjolkan anak buahnya.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya bersama skuad Speedy Tigers tanpa menyalahkan mana-mana pihak apabila sudah diberi pelbagai bentuk sokongan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) , Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Kecewa dengan persembahan kita sebab harapan memang tinggi sebab selama dua tahun ini memang nampak meningkat dengan keputusan di Piala Sultan Azlan Shah dan sebagainya.

“Kita juga melonjak ke tangga kesembilan (dunia) dan memang nampak kemampuan (Speedy Tigers) tapi di sini (Sukan Asia Hangzhou 2022) hanya kekecewaan,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada pemberita, hari ini.

Katanya, pihaknya akan mengadakan satu sesi pascanilai lengkap bagi memastikan skuad itu kembali semula dengan permainan lebih ‘berbisa’ di pusingan kelayakan Sukan Olimplik Paris 2024 Januari depan.

Malaysia mempunyai peluang terakhir layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada pusingan kelayakan di Muscat, Oman, dari 15 hingga 21 Jan depan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings