the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Hanya 7 juta akaun di Malaysia miliki peranti sokong 5G

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata hal ini menghalang mereka daripada menggunakan dan menikmati rangkaian 5G, walaupun kemudahan itu sudah terdapat di kawasan mereka.

“Jadi, kerana itulah program seperti 5G Rahmah akan sangat membantu, terutamanya untuk B40 membeli, mendapatkan peranti 5G supaya mereka boleh menggunakan 5G,” katanya selepas menghadiri perasmian Rangkaian Persendirian 5G komersial pertama Petronas, disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.

Pakej 5G yang dilancarkan Fahmi Ogos lepas, ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia, bermula 31 Ogos hingga Disember ini. Pakej tersebut menawarkan pelan data melibatkan telefon mudah alih pada harga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 data sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).

Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI, Fahmi turut mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan kepada 100,000 pelanggan pertama daripada kumpulan B40, yang turut layak menerima subsidi RM120 bagi telefon pintar.

Mengenai bayaran tambahan untuk langganan 5G, Fahmi berkata kementerian akan berbincang dengan operator rangkaian mudah alih (MNO) untuk menangani isu tersebut.

“Perdana Menteri dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Indusri turut membangkitkan isu itu. Jadi, timbalan ketua setiausaha saya telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MNO mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa dalam beberapa minggu ini akan ada perkembangan,” katanya.

Fahmi berkata kementeriannya juga sedang meneliti cadangan untuk MNO melaksanakan suatu pendekatan ‘opt-out’ atau memilih keluar daripada langganan berbanding ‘opt-in’ (memilih untuk menyertai langganan) bagi pengguna bertukar kepada 5G.

“Permintaannya ialah supaya tiada caj tambahan bagi sesiapa yang melanggan 5G. Sepertimana kita berhijrah menggunakan 4G tanpa perlu ‘opt-in’, satu daripada cadangan dalam penelitian kementerian ialah daripada ‘opt-in’, kita boleh ‘opt-out’,” katanya.

Terdahulu, Fadillah berkata setakat bulan lepas, liputan rangkaian 5G Malaysia dalam kawasan berpenduduk ialah 70.2 peratus dengan langganan 5G berjumlah 2.49 juta, iaitu 7.4 peratus kadar penembusan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings