the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tolak permohonan kebenaran merayu Najib untuk ketepi injunksi diperoleh SRC International

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mengetepikan perintah injunksi Mareva diperoleh SRC International Sdn Bhd dan satu anak syarikatnya yang menghalang bekas perdana menteri itu daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta .

Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais tidak memberi kebenaran itu kepada Najib yang mahu meneruskan rayuannya untuk mengetepikan injunksi Mareva tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar kos guaman RM30,000 kepada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Nallini, yang menyampaikan keputusan mahkamah, berkata undang-undang yang digunakan oleh mahkamah Malaysia sejak 40 tahun lalu adalah jelas berkaitan ujian untuk dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Tinggi sebelum memberikan injunksi Mareva.

Beliau berkata tiada keperluan bagi Mahkamah Persekutuan menyemaknya semula.

Dalam kes sivil, litigan dikehendaki mendapatkan kebenaran sebelum mereka boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Berikutan kegagalan Najib mendapatkan kebenaran merayu, injunksi Mareva yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada kedua-dua syarikat itu kekal.

Pada 24 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberikan injunksi Mareva kepada SRC International dan Gandingan Mentari serta mengarahkan Najib tidak mengalihkan, melupuskan, berurusan dengan atau mengurangkan nilai mana-mana aset mereka di dalam dan di luar Malaysia bernilai RM42 juta, sementara menunggu penyelesaian saman mereka yang difailkan terhadapnya.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu hanya layak mengeluarkan RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan bayaran yuran guaman.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib pada 6 Dis tahun lepas. Ini mendorong beliau memfailkan permohonan kebenaran merayu.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

SRC International dan Gandingan Mentari memfailkan saman terhadap Najib pada 2021, mendakwa beliau telah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasanya, mendapat manfaat secara peribadi daripada dana SRC International dan menyalahgunakan dana tersebut. Saman itu belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib, 70, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana kesalahan menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini, Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Mohammad Arfan Wan Othman manakala peguam Lim Chee Wee dan P. Gananathan mewakili SRC. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings