the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Kelantan sedang siapkan kertas kerja berkaitan usaha atasi gangguan bekalan air

PASIR MAS: Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kertas kerja bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah sekian lama berlaku di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin (gambar).

Beliau berkata kertas kerja itu merangkumi hala tuju yang berkaitan dengan kerja-kerja penggantian paip secara menyeluruh dan berperingkat.

“Kertas kerja ini diteliti dalam mesyuarat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi memastikan masalah berkenaan dapat diselesaikan segera, dan akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB),“ katanya.

“Kelantan mempunyai kira-kira 4,000 kilometer (km) paip yang bermasalah di seluruh negeri dan perkara ini akan dilihat dari segi masa serta kewangan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Mini Meranti Baharu, oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, di Loji Rawatan Air Meranti Baharu Pasir Mas di sini, hari ini.

Dr Izani berkata pada masa sama, kerajaan negeri sudah mengarahkan AKSB untuk memberikan respons secepat mungkin terhadap setiap masalah melibatkan perkhidmatan air.

“Respon ini penting dalam usaha memastikan masalah bekalan air dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Untuk usaha ini, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dalam menyokong dan menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah melibatkan rakyat,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings