the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat kecantikan didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif lebih RM120,000

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat kecantikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif berjumlah lebih RM120,000 di bawah Program Penjana Kerjaya, dua tahun lepas.

Mona Liza Ahmad, 38, didakwa mengemukakan tujuh dokumen mengandungi butiran palsu iaitu Borang Pengesahan Pekerja atas nama Syarikat Nona Chantique Empire miliknya bagi menuntut insentif berjumlah RM120,060 di bawah Program Penjana Kerjaya untuk 30 orang pekerja.

Tertuduh mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu “Nama-nama pekerja baharu” kepada dua Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Nursofieyana Muhammad Zamri dan Mira Sabriena Romain dengan niat untuk memperdaya Perkeso di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, di sini, pada 31 Mei 2021.

Dalam dokumen “Nama-nama pekerja baharu” seramai 30 orang yang dikemukakan tertuduh sebenarnya bukan pekerja Syarikat Nona Chantique Empire, miliknya.

Pertuduhan terhadap Mona Liza adalah menurut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang palsu atau silap dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mona Liza juga didakwa atas lima pertuduhan pilihan menggunakan tujuh dokumen “Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja” yang mengandungi butiran palsu kepada Mira Sabriena bagi menuntut insentif berjumlah sama (RM120,060) melalui sistem Penjana Kerjaya di tempat dan masa sama.

Tertuduh turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Julaila Jamaludin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Nor Shafika Balqis Jaffri memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh siasatan.

Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tujuh pertuduhan berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pendakwaan selain menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melibatkan tuntutan insentif berjumlah RM36,780 berhubung program sama di bawah Perkeso.

S. Kamala Segaran, 47, didakwa sebagai individu yang menguruskan syarikat Aksara United Management Sdn Bhd telah bersubahat dengan koordinator projek L. Guhan dengan mengarahkan lelaki itu menipu ejen Perkeso untuk mempercayai dua orang yang bukan pekerja syarikat Aksara United Management adalah pekerja syarikat berkenaan, sehingga mendorong Perkeso menyerahkan RM9,600 ke dalam akaun bank syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Perkeso Putrajaya, dekat sini, pada 23 Okt 2020 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas dua lagi pertuduhan telah memberikan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada Mira Sabriena melalui Guhan, atas nama syarikat Aksara United Management bagi menuntut insentif berjumlah RM27,180 di bawah Program Penjana Kerjaya untuk tiga orang pekerja syarikat itu.

Dokumen itu mengandungi butiran matan palsu iaitu “Nama-nama pekerja baharu” yang sebenarnya tiga orang pekerja yang dinamakan bukan pekerja Aksara United Managament dan tertuduh mengemukakan dokumen berkenaan dengan niat untuk memperdaya Perkeso.

Pegawai Pendakwa SPRM Raymond Nion John Timban menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan, namun peguam V. Saravanan, mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan bapa tunggal dan telah diisytiharkan bankrap sejak 2014.

Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin untuk tiga pertuduhan itu dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan selain menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan semula kes. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DBKL to acquire land to resolve Taman Datuk Senu access road issue

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud said checks found that no land acquisition had ever been carried out in the area, resulting in the road, which has long been used by the public, actually being located on private land.

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings