the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekurang-kurangnya 3 maut, 4 cedera dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok

BANGKOK: Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan bahawa unit tindakan khas polis Thailand telah bertindak untuk mengesan suspek.

Suspek cuba melarikan diri ke sebuah hotel berhampiran dan polis bertindak mengepung hotel berkenaan, sebelum suspek menyerah diri kira-kira pukul 5.10 petang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings