the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang

PETALING JAYA: Seorang bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh masuk bilik hotel kenalannya yang merupakan isteri orang, bulan lepas.

Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bekas pemain Perak FA itu, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik wanita berusia 36 tahun, di sebuah hotel di Kelana Jaya di sini pada 6 petang, 21 Jun.

Pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM6,000, berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

“Dalam kes ini, mangsa merupakan kenalan tertuduh,” katanya.

Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Ahmad Shahrul, memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja serta tujuh anak selain tiada risiko melarikan diri dan tiada rekod kesalahan jenayah lain.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan dan menetapkan 18 Sept ini, untuk sebutan semula kes.

Media melaporkan lelaki itu ditahan selepas dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang.

Menurut polis, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang mengatakan suspek menceroboh bilik hotelnya, sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings