the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan Muhyiddin batal empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan didengar 11 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Julai untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) bagi membatalkan empat pertuduhan mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes tersebut hari ini, yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib manakala peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, mewakili Muhyiddin.

Kehadiran Presiden Bersatu itu dikecualikan pada prosiding hari ini.

Terdahulu, Hisyam memaklumkan kepada mahkamah pihaknya memohon tiga hari untuk pendengaran kerana ia membabitkan isu baharu termasuk empat pertuduhan dikenakan terhadap anak guamnya adalah cacat.

“Pihak kami akan mengemukakan hujahan yang panjang,“ kata peguam itu.

Bagaimanapun, Hakim Muhammad Jamil berkata satu hari memadai dan beliau menetapkan 11 Julai untuk mendengar permohonan tersebut.

Pada 18 April lepas, Muhyiddin, 76, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, memfailkan notis usul bagi memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lepas selain prosiding kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, beliau mendakwa keempat-empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang.

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Sementara itu, permohonan Muhyiddin supaya kes menggunakan kedudukannya untuk suapan dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini, akan didengar di hadapan Hakim K. Muniandy pada 10 Julai ini.

Selain empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings