the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam Terengganu direman disyaki seleweng tanah kerajaan

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam negeri Terengganu direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan permohonan tanah kerajaan.

Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan oleh Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak berikutan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan semalam sekitar jam 2 petang ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari 2019 hingga 2023 apabila terlibat dalam kegiatan seleweng tanah dengan menukar pelan tanah selain mengendalikan beberapa proses berkaitan tanah di negeri ini untuk kepentingan anak-anaknya,“ katanya.

SPRM Terengganu turut menyita dua bidang tanah berkeluasan kira-kira 9,000 dan 6,000 kaki persegi sebagai sebahagian siasatan.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, mengesahkan penahanan itu dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings