the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saman fitnah Teresa Kok: Jamal Yunos diperintah deposit RM300,000 sementara selesai rayuan

PUTRAJAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos diperintahkan supaya mendepositkan RM300,000 ke dalam akaun peguam bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim dalam tempoh 21 hari mulai hari ini, sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Datuk Yaacob Md Sam membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung ganti rugi RM300,000 kepada Kok.

“Setelah mempertimbangkan penghujahan, kami mendapati ada merit permohonan ini dibenarkan, tetapi dengan syarat jumlah penghakiman RM300,000 didepositkan ke dalam akaun peguam Kok dan dipegang sebagai pemegang amanah, sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Rayuan,“ kata Yaacob yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Azimah Omar.

Kok dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berjaya dalam saman fitnah terhadap Jamal berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Jamal kemudiannya merayu atas keputusan itu.

Semasa Yaacob menyoal sama ada mahkamah boleh memerintahkan wang tersebut dibayar dalam tempoh 14 hari mulai hari ini, peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal, memohon tempoh sebulan kerana anak guamnya akan mencari dana.

Bagaimanapun, Azimah mencelah dengan mengatakan bahawa terdapat pengesahan dalam afidavit Jamal bahawa dia mempunyai wang itu.

Yaacob kemudiannya memerintahkan supaya wang itu dibayar dalam tempoh 21 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Rejinder memohon penangguhan kerana jumlah penghakiman fitnah, ditambah dengan kos, adalah jumlah yang besar dan rayuan utama mungkin menjadi tidak berguna jika penangguhan itu tidak diberikan.

Beliau berkata Jamal adalah ahli politik dan status muflis akan menjejaskannya untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanapun, peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Kok berhujah bahawa Jamal sudah mempunyai wang yang mencukupi melalui pendanaan awam dan dia sepatutnya membayar kepada Kok.

Pada 26 Julai tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin dalam penghakimannya turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.

Kok memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings