the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemalangan motosikal di Jalan Bazar Karat, seorang dikhuatiri lemas

JOHOR BAHRU: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air laut berikutan kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Bazar Karat, berhampiran Pos Malaysia. Kejadian itu dilaporkan berlaku malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, pasukan menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 malam dan tiba di lokasi dalam tempoh enam minit.

“Sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal Yamaha dan sebuah lagi motosikal yang belum dikenal pasti nombor pendaftarannya, dipercayai tercampak ke dalam sungai,“ menurut kenyataan rasmi.

Tiga mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan penyelamat, manakala seorang lagi disyaki terjatuh ke dalam saluran air laut. Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar lokasi sejauh 30 meter, termasuk selaman sedalam 12 kaki ke dasar sebanyak tiga kali, namun mangsa masih belum ditemui.

Motosikal jenis Yamaha berjaya dikeluarkan dari air sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.14 pagi dengan kerjasama pihak polis. Kes ini kini diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Operasi penyelamatan melibatkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Skudai, termasuk unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Peralatan yang digunakan termasuk satu jentera FRT, satu EMRS, tiga RIM, dan sebuah Hilux PPDA.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings