the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia seru negara Ahli Konvensyen Pelarian 1951 laksana tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa menggunakan platform di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyeru negara yang menjadi negara Ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967 untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong (gambar) berkata ini termasuk dalam memberikan perlindungan kepada pelarian tanpa mengira asal usul, etnik, agama dan sebagainya.

“Sekiranya semua negara ahli dapat memainkan hak dan tanggungjawabnya sepertimana yang termaktub dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 tersebut, maka isu pelarian ini akan dapat ditangani bersama dan kemasukan berterusan pelarian dan pemohon suaka di dalam negara dapat diatasi,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Wilson menjawab soalan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang langkah kerajaan dalam menambah baik dan menguatkuasakan peranannya yang lebih efektif dalam mendekati isu berkaitan pelarian, termasuk perbincangan bersama pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Beliau berkata dalam usaha untuk mencapai matlamat agar Malaysia mempunyai mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka sendiri tanpa bergantung kepada entiti asing, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien.

Wilson berkata ini termasuk penyelarasan terhadap dasar-dasar membabitkan kebajikan dan sosial di samping menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kerajaan juga menggunakan platform Pasukan Petugas Bersama (JTF) antara kerajaan dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam membincangkan isu-isu pelarian dalam Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan suatu perjanjian bersama UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab suruhanjaya itu di dalam negara ini.

Ahmad Zahid berkata ia selaras dengan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1950). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings