the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan RM1.1b untuk projek pembangunan universiti awam di Johor

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntukkan RM1.1 bilion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 21 projek berkaitan pembangunan universiti awam di Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berkata, kementerian itu turut memperuntukkan RM612.8 juta bagi pelaksanaan sembilan projek politeknik.

Selain itu, beliau berkata sebanyak RM96.86 juta diperuntukkan bagi tujuh projek kolej komuniti di negeri itu.

“Perbincangan (bersama Menteri) juga menyentuh beberapa perkara penting mengenai soal perkembangan sektor pendidikan tinggi di negeri Johor dan inisiatif bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata laporan daripada KPT menyatakan bahawa kebolehpasaran graduan Johor turut berada di tahap memberangsangkan iaitu pada kadar 94.1 peratus.

Onn Hafiz berkata ia merupakan satu petunjuk yang baik, namun usaha perlu dipergiat bagi menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan industri dan pelabur.

Justeru katanya, satu pasukan petugas khas antara kerajaan negeri dan KPT akan diwujudkan untuk memperincikan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan taraf pembangunan pendidikan di negeri itu.

“Pada masa sama, pasukan petugas khas itu juga berperanan untuk menyampaikan hasrat dan keperluan kerajaan negeri berhubung isu pendidikan.

“Atas sebab itu, kerajaan negeri merasa amat perlu untuk mewujudkan hubungan erat dan dinamik dengan kerajaan Persekutuan, khususnya KPT, bagi memastikan isu tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat disediakan untuk menampung keperluan industri,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings