the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOTAC berjaya tarik 450,000 pelancong China semasa lawatan PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berjaya menarik 450,000 pelancong dari China selepas menandatangani dua perjanjian semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, bulan lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) berkata kejayaan itu adalah hasil promosi Tourism Malaysia yang dilakukan semasa lawatan bersama Perdana Menteri ke Beijing, China pada 29 Mac lalu.

“Sewaktu kami membuat promosi tentang Malaysia di Beijing, ada beberapa travel agensi yang berjaya kami jumpa dan setakat ini yang sudah menandatangani perjanjian dua syarikat. Satu syarikat akan membawa 350,000 pelancong dan satu lagi akan membawa 100,000 pelancong manakala yang selebihnya masih dalam proses penyediaan dokumentasi.

“Oleh itu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan iaitu berhubung visa dan tempat duduk kapal terbang. Kami akan adakan beberapa siri perbincangan bersama syarikat penerbangan, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri tentang perkara tersebut,” katanya pada majlis Iftar Menteri Pelancongan Seni dan Budaya bersama diplomat asing di sini, semalam.

Beliau berkata perkara itu adalah antara usaha kementerian berkenaan dalam mencapai sasaran 5 juta pelancong dari negara China pada tahun ini.

Pada majlis itu, selain mempamerkan masakan Malaysia, ia turut mengetengahkan unsur seni dan budaya tempatan antaranya persembahan alat muzik tradisional gambus dan sape serta pameran kraftangan songket, batik dan ukiran kayu tempatan oleh Kraftangan Malaysia.

Tiong berkata dalam bulan penuh keberkatan ini, beliau amat bersyukur kerana dapat menganjurkan majlis tersebut.

“Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam memperkukuh lagi kerjasama dalam memasarkan dan mempromosikan penawaran pelancongan negara kita kepada dunia terutamanya dalam persiapan Tahun Melawat Malaysia (VMY) pada 2025,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings