the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Paparazzi pertikaikan kenyataan Meghan dan Harry tentang hampir terbabit kemalangan

LOS ANGELES: Jurugambar bebas (paparazzi) di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka “hampir kemalangan” akibat dikejar paparazi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Agensi foto selebriti Backgrid USA Inc mengeluarkan kenyataan Khamis mempertahankan jurugambar bebasnya yang menyaksikan kejadian itu dan menafikan bahawa pengejaran itu hampir mencetuskan kemalangan di jalan-jalan di New York City.

Backgrid mendakwa pihaknya telah menyemak foto dan video daripada empat jurugambar bebas yang berada di lokasi pada malam itu, termasuk tiga menaiki kereta dan seorang menunggang basikal.

“Adalah penting untuk dijelaskan bahawa jurugambar ini mempunyai tanggungjawab profesional membuat liputan acara dan personaliti yang patut diberitakan, termasuk tokoh masyarakat,“ kata Backgrid dalam satu kenyataan yang diberikan kepada L.A. Times.

“Mereka membuat liputan penginapan pasangan itu di New York City, termasuk kemungkinan menghadiri majlis makan malam selepas majlis anugerah. Mereka tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kesusahan atau bahaya, kerana satu-satunya alat mereka ialah mereka kamera,” menurut kenyataan itu.

Paparazi yang bekerja untuk Backgrid menuduh satu daripada kenderaan pengiring keselamatan Harry dan Meghan “memandu dengan cara yang boleh dianggap sebagai melulu”.

Agensi foto itu mendakwa bahawa rakaman video menunjukkan SUV itu “menghalang jalan-jalan” dan “diberhentikan oleh polis”.

Jabatan Polis New York mengesahkan dengan L.A. Times pada Khamis bahawa pegawai “membantu pasukan keselamatan melindungi Duke dan Duchess of Sussex” pada petang itu.

“Kami faham bahawa pasukan keselamatan Putera Harry dan Meghan Markle mempunyai tugas yang perlu dilakukan, dan kami menghormati kerja mereka,“ kata Backgrid.

“Kami, bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa menurut jurugambar di tempat kejadian, tiada kemalangan atau hampir kemalangan semasa kejadian.

Namun, agensi foto itu memaklumkan ia “mengambil serius dakwaan Putera Harry dan akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu”.

Jurucakap Harry dan Meghan menganggap paparazi di New York “sangat agresif” dan menyifatkan pengejaran itu sebagai “pengejaran tanpa henti, yang berlangsung lebih dua jam”.

Meghan, suami dan ibunya, telah diekori jurugambar selepas meninggalkan Woman of Vision Awards di Ziegfield Ballroom. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings