the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM: Kira-kira 400,000 batang rokok putih ditemukan terapung di Tok Bali

PASIR PUTEH: Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan berjaya merampas kira-kira 400,000 batang rokok putih yang ditemukan terapung pada jarak lebih kurang 25 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini Ahad.

Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata ketika anggotanya sedang melakukan rondaan menggunakan bot peronda, beberapa bungkusan berwarna coklat dijumpai timbul dalam keadaan berselerak di permukaan air.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 40 bungkusan yang ditemukan merupakan rokok putih yang disyaki tidak berkastam dan seterusnya dibawa ke jeti Maritim untuk siasatan lanjut.

“Kesemua 40 kotak ini mengandungi lebih kurang 400,000 batang rokok putih dengan anggaran nilai RM418,000,“ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata pihaknya mengesyaki penyeludup tidak sempat mengambil kesemua rokok terapung ini dan mereka terpaksa meninggalkan bungkusan rokok berkenaan setelah menyedari kehadiran bot peronda APMM.

“Rokok yang ditemukan ini dipercayai untuk dipasarkan di beberapa tempat di negeri Pantai Timur dan boleh digunakan kira-kira 20,000 perokok.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan pihaknya terus komited memastikan perairan negeri Kelantan terpelihara daripada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings