the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna kuasa: SPRM tahan dua wanita termasuk seorang penjawat awam

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ketua pembantu tadbir di sebuah jabatan di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di jabatan tersebut.

Menurut sumber SPRM, kes salah guna kuasa itu dipercayai telah berlaku sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan yang keseluruhannya mencecah kira-kira RM30,000.

Sumber berkata suspek pertama yang juga ketua pembantu tadbir berusia lingkungan 40-an ditahan pada 1.45 tengah hari manakala pemilik syarikat berusia lewat 30-an ditahan pada 2.10 petang di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings